B. Arab

Pertanyaan

jelaskan kandungan surat al imran ayat 30

2 Jawaban

  • يَومَ تَجِدُ كُلُّ نَفسٍ ما عَمِلَت مِن خَيرٍ مُحضَرًا

    hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, dihadapkan ke hadapannya

    Kita akan jumpa balik amalan yang kita buat di dunia dahulu. Kita pun dah lupa kebaikan yang kita pernah buat itu. Di akhirat akan ditunjukkan semuanya kepada kita walaupun sekecil beri senyuman kepada orang lain pun. محضرا maksudnya ia akan dibawa ke hadapan kita.

    Segala penat lelah kita menjalankan amal yang baik itu semasa di dunia akan dibalas dengan berlebihan lagi. Kira tidak teringat dah susah payah kita dulu kerana terlalu suka dengan balasan yang berlipat kali ganda itu.

     

     وَما عَمِلَت مِن سوءٍ

    dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya.

    Malangnya, semuanya akan ditunjuk, termasuk juga perbuatan buruk kita. Besar dan kecil pun. Sebagai comtoh, jeling tengok perempuan yang bukan mahram pun akan ditulis juga dan akan ditunjuk dosa kita itu.

     

    تَوَدُّ لَو أَنَّ بَينَها وَبَينَهُ أَمَدًا بَعيدًا

    ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu.

    Dia akan berharap kalaulah ada cara nak jauhkan benda buruk yang dia buat dulu. أمداً maksudnya masa yang lama sangat. Maksudnya jauh sangat sampai nak pergi ke situ pun tak boleh nak kira masanya. Kemudian Allah tambah بعيداً yang maksud jauh sangat. Apabila digabungkan dua perkataan ini, hendak menunjukkan betapa orang itu hendak dijauhkan sangat dosa dia itu sejauh-jauhnya.

     

     وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفسَهُ

    Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya

    Allah ajar kita supaya takut kepadaNya. Allah beritahu Sifat-sifatNya dalam Quran supaya kita kenal Dia dan berhati-hati dengan peringatan yang diberikan olehNya. Jangan buat tak tahu sahaja.

     

    وَاللَّهُ رَءوفٌ بِالعِبادِ

    Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.

    Selepas takutkan kita dengan Sifat kerasNya, Allah sebut sifat lembut Dia pula. Begitulah Allah dalam memperkenalkan DiriNya, akan menyebut kedua-dua jenis SifatNya itu. Ada Sifat jenis Jalal dan Jamal.

    Apakah Sifat رَءوفٌ itu? Macam bila kita tengok kesusahan orang yang kebuluran contohnya dan kita nak tolong mereka. Hati kita remuk bila tengok mereka. Allah nak beritahu yang Dia tahu apa yang kita lalui. Allah tahu apa kita hendak, apa kita rasa, segalanya Allah tahu. Tapi Allah berikan semua yang Allah telah berikan itu sebagai ujian kepada kita. Amat indah sekali kalau kita faham. Semakin kenal dan sayang kepada Allah. Tidaklah kita rasa Allah tinggalkan kita.

    Kawan paling rapat kitalah yang kenal dan tahu apa yang kita lalui. Kadang-kadang kita tak payah cakap pun, kita tahu dia tahu. Sekarang Allah kata Dialah kawan itu. Alangkah indahnya.

    Allah tahu yang kadang-kadang dalam kita menjaga amal dan perbuatan kita, kadangkala tergelincir juga. Maka cepat-cepatlah mohon keampunan dari Allah dan berhenti dari meneruskan kesalahan itu.

  • kita harus mempunyai amal yang banyak

Pertanyaan Lainnya